Disember yang sibuk!



Tahun 2010 telah masuk ke bulan Disember. Ternyata bulan Disember kali ini agak sibuk dengan aktiviti-aktiviti catur di dalam kalendar catur di Malaysia dan juga negeri jiran. Bermula dengan Pesta Catur Pulau Pinang dengan acara berpasukan dan suku akhir Insofar Elite di DATCC, Kuala Lumpur dan diikuti Kejohanan FIDE Rated Penang Heritage City International Chess Open, GACC di Universiti Malaya dan Universal Chinese Sports Sarawak Open Chess Championship dan ASEAN Chess Championship di Singapore. Terdapat juga National Junior Chess Championship dan Kejohanan Catur Terbuka Melayu.

Beberapa pemain dari negeri Kelantan seperti IM Mas Hafizulhilmi (2423) telah mendaftar untuk menyertai Penang Open dan Asean Chess Championship. Pemain negeri Kelantan lain yang telah mendaftar untuk Penang Open adalah Nik Ahmad Farouqi (2066), Dr. Nasrul Humaimi (1951) dan Wan Mahadzir. Insyaallah PCNK akan membuat liputan mengenai perkembangan pemain catur Kelantan di sana. Penang Open bakal menjanjikan perlawanan yang mencabar bagi pemain-pemain Kelantan memandangkan ia berjaya menarik GM Wang Hao (2790) dari China, GM Gerhard Schebler (2470) dari Germany, GM Murshed Niaz (2429) dan 5 IM setakat ini.

Dibawah disediakan jadual pertandingan untuk sepanjang bulan Disember.

4-5 Disember : Pesta Catur Pulau Pinang ( Berpasukan )
5 Disember : suku akhir Insofar Elite
5 Disember : First Sunday Chess, UTM Skudai (Monthly Event)
5 Disember : No Frills Chess, Excel Chess Academy (Monthly Event, National Rated)
8-12 Disember : Penang Heritage City International Chess Open (FIDE Rated)
14 – 21 Disember : Grand Asia Chess Challenge , Universiti Malaya (FIDE Rated)
15- 19 Disember : National Junior Chess Championship (National Rated)
17-19 Disember : Universal Chinese Sports Sarawak Open Chess Championship (FIDE Rated)
25-30 Disember : ASEAN Chess Championship, Singapore (FIDE Rated)
26 Disember : Malay Championship (National Rated)

PCNK mengucapkan selamat berjaya kepada wakil-wakil dari negeri Kelantan!



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *