Coretan Malaysia Chess Festival 2015

Malaysia Chess Festival yang berlangsung pada 18 hingga 27 September 2015 akhirnya melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang. Kejohanan selama 10 hari ini berlangsung di Cititel Mid Valley Kuala Lumpur dan sebanyak 8 pertandingan diadakan sepanjang festival ini. Lebih 1000 penyertaan dan jutaan tahniah kepada penganjur

mas1

Acara pertama yang berlangsung adala Astro Merdeka Team Chess Challenge. PCNK telah menghantar 2 pasukan yang digelar Kelantan Red Knight 1 dan Kelantan Red Knight 2. Sebanyak 104 pasukan kategori Open mengambil bahagian. Walaupun tiada podium, tahniah diucapkan kepada Kelantan Red Knight 2 yang menunjukkan rating performance yang cukup tinggi. Kelantan Red Knight 1 menduduki tangga ke 56 dan Kelantan Red Knight 2 menduduki tangga ke 54. 

Kelantan Red Knight 1 diwakili oleh Nik Mohd Nazri Nik Hasan, Nasrul Humaimi Mahmood, Mohd Amin Mohd Noor dan Mohd Azizul Mat Daud. Manakala Kelantan Red Knight 2 diwakili oleh Wan Mohd Azmie Wan Abdul Rahim, Zulkifli Ishak, Norazlin Juarih dan Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin.

Sedikit terkilan yang mana Kelantan Red Knight 1 cuba mendapat hadiah Best Government terpaksa berputih mata setelah kategori itu ditarik balik oleh pihak penganjur. 

Acara ini berlangsung selama 2 hari dan berakhir pada 19 September. 

mas2

mas3

mas4

mas6

mas5

mas7

Seterusnya kejohanan disambung dengan Merdeka Blitz. Seramai 173 telah mengambil bahagian dan angka ini merupakan angka terbesar dalam penganjuran Blitz. Walaubagaimanapun, diharap penganjur dapat menitikberatkan soal masa yang mana kejohanan ini pada mulanya berakhir jam 6 petang terpaksa berakhir pada jam 10.30 malam. Lagi memeritkan peserta tidak boleh ‘refund’ yuran penyertaan. 

Beberapa ahli PCNK turut sertai bersama acara ini dan tahniah kepada Mohd Amin Mohd Noor berjaya menduduki tangga ke 6 terbaik Malaysia. 

Pada 20 September 2015, berlangsung 3 acara serentak iaitu Malaysia Chess Open, Malaysia Senior Open dan Malaysia Chess Challenge. Kejohanan ini berlangsung sehingga 27 September yang mana sedihnya tiada wakil Malaysia menduduki 10 terbaik untuk kategori Malaysia Chess Open dan Malaysia Chess Challenge. Cuma Malaysia Senior Open ada wakil Malaysia itupun disebabkan hanya 18 peserta yang menyertainya

mas9

Juara Malaysia Chess Open 2015 : GM Vakhidov Jahongir dari Uzbakistan

Ini menunjukkan kepada kita sukan catur di Malaysia kita cukup ‘handal’ dalam soal penganjuran tetapi ‘tewas’ apabila berada di papan catur. Banyak faktor yang mempengaruhi dan kami di PCNK akan cuba sehabis baik untuk memajukan sukan catur di Kelantan. 

Akhirnya, tahniah kepada penganjur kerana telah menjayakan Malaysia Chess Festival dengan jayanya. Harapnya segala kritikan dapat diambil untuk menjadikan penganjuran seterusnya bertambah berkualiti. Jumpa lagi di Malaysia Chess Festival 2016!! 

gambar dari facebook Dr Nasrul dan Kedaicatur.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *