Wan Mohd Azmie unggul selaku Johan Piala Visage de Lumiere



4 March 2017 – Wan Mohd Azmie telah berjaya mengungguli Kejohanan Catur Piala Visage de Lumiere 2017 apabila muncul sebagai Johan keseluruhan dengan membawa pulang Piala dan Wang Tunai sebanyak RM500. Kejohanan Edisi 1 yang telah dianjurkan oleh Chess2Care yang diterajui oleh Azlin Juarih, telah mendapat sambutan hampir 80 peserta dan telah berlangsung di Al-Khatiri Kubang Kerian. Terima kasih kepada para penaja iaitu Dr Shahsuzan dari UiTM (wakil penaja jenama minyak wangi Visage de Lumiere) dan En Salem Aziz (pemilik restoran Al-Khatiri) yang turut hadir dalam kejohanan ini dan melapangkan masa untuk penyampaian hadiah. Keputusan lengkap bagi kejohanan ini boleh dilihat di laman web berikut (SILA KLIK DI SINI).

Wan Azmie menerima piala dan hadiah daripada Dr Shahsuzan sambil diiringi oleh En Salem Aziz dan Presiden PCNK.

Tempat pertandingan yang sangat selesa. Kelihatan Ariez (pemenang tempat ke-3 memberi tumpuan pada perlawanan beliau)

Wan Mohd Azmie vs Azizul



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *