Semoga berjaya adik Muhammad Hafiy Ikhwan di Panjin, China



PCNK mendoakan kejayaan buat adik Muhammad Hafiy Ikhwan Rhozisham yang akan bertanding mewakili negara Malaysia di Kejohanan 13th Asian Schools Chess Championship 2017 di Panjin, Lioaning, China pada 20hb Julai hingga 30hb Julai 2017. Anak kepada Naib Presiden PCNK ini mula berjinak dalam arena catur sejak berumur 6 tahun dan dilatih sepenuhnya oleh ayahnya, saudara Rhozisham. Mereka berlepas ke Panjin, China pada jam 2 pagi, 20hb Julai 2017 dari KLIA, Malaysia. Semoga Hafiy dapat buat yang terbaik untuk negara dan menimba pengalaman yang sangat berharga dalam mengejar cita-citanya menjadi seorang pemain catur yang berkaliber pada suatu masa nanti. Malaysia Boleh! 

Naib Presiden dan Bendahari PCNK tidak terlepas peluang bergambar dengan adik Muhammad Hafiy, pemain negara Malaysia.

Naib Presiden PCNK, Dr Nasrul dan Bendahari PCNK, Faridzul turut bersama-sama memberi sokongan kepada Muhammad Hafiy dan Rhozisham sebelum mereka berlepas ke China.

Muhammad Hafiy bersama-sama dengan kontingen Malaysia.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *