Asian Amatur Chess Championship 2011

Tahniah kepada Ahmad Fadzil Nayan yang berjaya menjadi Juara Asian Amatur 2011 di Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur. Dengan kejayaan ini, Fadzil berjaya memenangi hadiah wang tunai sebanyak USD 1,500 dan gelaran AM (Asian Master) dari ACF ( Asian Chess Federation)

Ini merupakan kemenangan paling besar pernah dimenangi oleh Fadzil.

PCNK juga ingin mengucapkan Tahniah kepada WCM Nur Nabila Azman Hisham yang memenangi kategori Wanita dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak USD 400 dan gelaran WAM ( Woman Asian Master)

Bagi kategori Unrated dimenangi oleh peserta tunggal dari Filipina iaitu Manoug Stewart dan membawa pulang hadiah sebanyak USD 400 juga.

Di waktu perlawanan playoff telah diadakan pertandingan susulan blitz dan dimenangi oleh IM Mas Hafizulhelmi yang membawa pulang RM 600.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *