Adi Wira Cilik Juara B12 SK Temangan



dscf1259

Kerjasama pertama sekolah dan PCNK menghasilkan seorang adiwira (superhero) cilik yang menewaskan semua lawannya untuk merangkul kejuaraan di Kejohanan Catur Terbuka SK Temangan sempena Karnival Kokurikulum sekolah tersebut. Adi Safiuddin Norhisham merupakan nama yang perlu diambil perhatian kerana beliau telah menunjukkan permainan yang matang walaupun baru berusia 8 tahun. Ini merupakan contoh seorang jaguh catur dilahirkan hasil daripada kesungguhan ibubapanya melatih dan membawanya ke setiap kejohanan catur yang diadakan di Kelantan, berbeza dengan pemain-pemain lain yang mengharapkan guru semata-mata.

Senarai Pemenang Kategori B12

  1. Adi Safiuddin
  2. Nik Ahmad Azim
  3. Md Aiman Azli
  4. Md Izrul Afiq
  5. Md Nurfadhli
  6. Nabil Ikhwan
  7. Md Azrul Aiman
  8. Shazwan Arifi
  9. Nur Izzati Alyaa
  10. Tuan Zarif Irfan

Pemain Wanita Terbaik Kategori B12

  1. Nurshafiqah Amalin
  2. Nik Afifah
  3. Darwisya Arina

Keputusan penuh Kategori Bawah 12 boleh dibaca di chess-results.com

 

dscf1235

Sementara itu, Md Akram Lokman telah menjuarai kategori bawah 18 tahun setelah menumpaskan semua lawannya sebelum seri di pusingan terakhir. Beliau diekori rapat oleh Md Riduan dan Hasya Haziz yang mendapat 5 mata keseluruhan. Kategori ini juga menyaksikan seorang pemain yang baru berusia 10 tahun, Md Ajwad Md Amin telah mengambil langkah yang berani bermain bersama pemain-pemain sekolah menengah untuk meningkatkan lagi kemahiran beliau. Ini merupakan langkah yang patut dipuji dan diikuti oleh pemain-pemain lain jika ingin berjaya.

Senarai Pemenang Kategori B18

  1. Md Akram Lokman
  2. Md Riduan Md Yusof
  3. Hasya Haziz
  4. Abdullah Nabil Md Amin
  5. Tor Phi Yang
  6. Wan Md Azim
  7. Md Ajwad Md Amin
  8. Nik Md Hazimi
  9. Azamuden Ismail
  10. Md Adnan Fatahul Muin

Pemain Wanita Terbaik Kategori B18

  1. Nur Haslinda
  2. Nur Shazreen Zulaika
  3. Nur Hidayah Irsalina

Keputusan penuh Kategori Bawah 18 boleh dibaca di chess-results.com

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *