4 Majlis Tertinggi PCNK galas tugas penting di Sukan Para Asean 2017



Kuala Lumpur, 18 September 2017 : Empat Majlis Tertinggi PCNK telah diberi peluang untuk menggalas tugas bagi menjayakan Sukan Para Asean ke-9 yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur. Mereka adalah Azlin, Nasrul, Rhozisham dan Nik Mohd Azrihan. Azlin dan Nasrul masing-masing memperkuatkan pasukan negara sebagai atlet dan jurulatih manakala Rhozisham dan Nik Mohd Azrihan sebagai Pegawai Teknikal (National Technical Officer). Syabas kepada mereka semua dan semoga berjaya mengharumkan nama negara.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *