1st FIDE Rated Kelantan Hampir Ke Penghujung



Sabtu ini bakal menobatkan juara pertama untuk kejohanan Round Robin FIDE Rated kerana pada hari tersebut segala saki baki permainan akan diselesaikan oleh kesemua peserta. Hanya tinggal 5 permainan sahaja lagi yang perlu dihabiskan, dan di antara permainan-permainan tersebut, dua yang menjadi perhatian iaitu perlawanan antara Abdul Haq menentang Baharuddin dan Mohd Azizul menentang Nasrul Humaimi. Ini adalah kerana Abdul Haq, Nik Ahmad Farouqi dan Mohd Azizul masih berpeluang menjadi juara pertama kejohanan ini. Nik Ahmad Farouqi tidak dapat berbuat apa-apa lagi kerana telah menghabiskan semua permainannya dan berada di puncak dengan 9 mata. Abdul Haq, bagaimanapun, mampu memintas dengan setengah mata jika beliau menang permainan terakhir beliau. Jikalau Abdul Haq seri dan Mohd Azizul menang, ketiga-tiga mereka akan mempunyai 9 mata dan kata pemutus bakal menjadi penentu. Sama-sama kita nantikan kesudahan kejohanan yang penuh dramatik ini.

Kedudukan terkini


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *