Terengganu Juara MAKSAK



Terengganu mengambil peluang kelebihan sebagai tuan rumah untuk menjuarai kejohanan MAKSAK tahun 2014 yang diadakan di hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu pada 12 – 14 September. Kejohanan yang disertai oleh 14 pasukan dari seluruh negara diadakan pada tahun ini menggunakan sistem Swiss 7 pusingan, berbanding kejohanan MAKSAK sebelum ini yang dijalankan dengan format Kumpulan Menang, Kumpulan Kalah. 
Pasukan Kelantan yang dianggotai oleh cikgu Mohd Saufi Deraman, cikgu Nik Mohd Nazri Nik Hasan, cikgu Md Anis Rahimi Mohd Noor, cikgu Nik Mohd Azrihan, Baharuddin Hamzah dan seorang anggota baru Muhammad Ariez Azman hampir-hampir tidak dapat menyertai kejohanan MAKSAK pada tahun ini. Ini adalah kerana pihak yang bertanggungjawab mengambil keputusan tidak menghantar pasukan catur pada tahun ini di atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan padahal sebelum ini mereka berjanji akan menghantar pasukan catur setiap dua tahun sekali. 
Setelah bertungkus-lumus menyediakan satu pasukan, dibantu oleh cuti sekolah yang bertepatan masanya, pasukan tersebut akhirnya berjaya tiba di Terengganu. Namun, kemelut tersebut telah memberi kesan negatif kepada corak permainan cikgu Anis yang secara langsung memberi kesan kepada keputusan permainan pasukan Kelantan. 
Keputusan permainan pasukan Kelantan setiap pusingan:
http://www.chess-results.com/tnr144934.aspx?lan=1&art=20&wi=821&snr=14



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *