Pemain Pilihan kutip mata penuh di Sarawak Open



Sarawak Open 2011 yang bermula hari ini menarik seramai 92 peserta dari 6 negara iaitu 83 dari Malaysia, 6 Singapura, 2 Filipina, dan 1 pemain masing-masing dari Jerman, India dan Jepun.

Pemain pilihan pertama dari India iaitu IM Atanu Lahiri tidak mempunyai masalah untuk memenangi 2 pusingan awal diikuti pemain-pemain pilihan lain yang turut serta mengutip mata penuh.
IM Atanu Lahiri mengetuai kumpulan 2 mata selepas 2 pusingan
Nik Farouqi merupakan pilihan ke 8 di Sarawak Open hadir sebagai pemain dan jurulatih bagi pasukan Universiti Islam Antarabangsa yang membawa seramai 4 pemain lelaki dan wanita sebagai persediaan untuk Kejohanan catur universiti tahun 2012.
Keputusan bagi Sarawak Open 2011 boleh diikuti di SINI

————————————————————————————————————————————

4th DATCC Team Event : Kelantan vs Renegade

Perlawanan ke 7 akan dilangsungkan malam ini pada pukul 7pm di Tingkat 4 DATCC, Kompleks Wilayah Kuala Lumpur.

Pasukan Kelantan yang mengumpul 16.5 mata di tangga kedua akan bertemu pasukan Renegade, pasukan yang berada di tangga ke-7 dengan 12.5 mata.

Kelantan berada pada keadaan terbaik bertemu Renegade memandangkan pemain utama Renegade Wong Jianwen tidak dapat bermain kerana menyertai Sarawak Open 2011 tetapi keupayaan Roshan Singh, Haslindah Ruslan, Shamsudin Sabri dan Harun Bustaman tidak boleh dipandang ringan. 
Kelantan pastinya akan menurunkan IM Mas Hafizul dan Abdul Haq sebagai pemain utama tetapi pemain ke 3 dan 4 masih menjadi tanda tanya apakah pengantin baru Abdullah Che Hassan akan bermain dan juga pemain gantian bagi Nik Farouqi yang berada di Sarawak Open 2011.
Kemenangan 4-0 perlu dicipta untuk terus memberi tekanan kepada Pasukan Najib yang berada 0.5 mata di depan dan juga untuk tidak memberi peluang pasukan Too Less Ordinary yang berada 1 mata di belakang dari memintas memandangkan Too Less Ordinary bertemu pasukan Bernama yang berada di tangga terakhir.

Di harap Pasukan Kelantan dapat mempamerkan prestasi yang baik untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dan memperbaiki kedudukan dalam 4th DATCC Team Event.

Peminat catur dijemput hadir untuk melihat dan memberi sokongan.

JUMPA ANDA DI SANA!

p/s : terdapat surau di DATCC untuk solat Maghrib

Sementara itu pula pasukan Kelantan yang kekurangan pemain berharap dapat mempertahankan rekod tanpa kalah dan mencetak kemenangan untuk memberi tekanan kepada pasukan Najib dan Too Less Ordinary yang hanya 0.5 mata di depan.

Di harap Pasukan Kelantan dapat mempamerkan prestasi yang baik untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dan memperbaiki kedudukan dalam 4th DATCC Team Event.

Peminat catur dijemput hadir untuk melihat dan memberi sokongan.

JUMPA ANDA DI SANA!

p/s : terdapat surau di DATCC untuk solat Maghrib



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *