Nf6 Tournament – Kenneth mendapat kenaikan tertinggi



Kejohanan Nf6 telah menutup tirai dengan jayanya pada 31 Julai yang lepas dan keputusan telah dihantar ke FIDE pada 1 Ogos 2011. Perubahan rating telah dikira dengan segera untuk bulan September nanti.

Apa yang menarik, adik Yeoh Li Tian berjaya mengenepikan juara bertahan Nf6 tahun lepas iaitu NM Kamalariffin dengan kiraan tiebreak walaupun berkongsi  7 mata dengan NM Kamal. Nik Farouqi pula menamatkan di tempat ke3 dengan 6 mata diikuti dengan Kaushal 5 mata dan Kenneth 4.5 mata yang masing-masing hanya bermain 8 permainan rated kerana tidak dapat hadir pada 1 perlawanan yang dijadualkan menentang Ilhamuddin dan Aziz Shukor.
Kenneth bermula garang dengan menumpaskan pilihan pertama Yeoh Chin seng dan Juara Nf6 kali ini iaitu Yeoh Li Tian dan hampir seri dengan NM Kamalarifin. Persembahan yang baik ini membuatkan beliau melonjak sebanyak 73.5 mata dari hanya 1 pertandingan sahaja.
Lain- lain pemain yang berjaya menaikkan rating adalah Yeoh Li Tian (17.7), Kaushal (16.65), Nik Farouqi (14.85), Razali Hamzah (11.4) dan NM Kamalarifin (9.45). Mereka yang mengalami penurunan terbanyak adalah NM Yeoh Chin Seng (-37.95) diikuti dengan Ilhamuddin (-29.4), Aziz Shukor (-24.9) dan Kamaluddin Yusof (-14.55).
Diharap lebih banyak kejohanan seperti ini dapat dianjurkan pada masa akan datang.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *