Keputusan Penang Open 2011



Penang Open 2011 telah berakhir semalam dengan jayanya. IM Mas yang bermula agak perlahan pada awal kejohanan berjaya seri pada pusingan terakhir dengan pilihan pertama IM Nguyen Van Huy untuk mendapat tempat ke 8 keseluruhan dengan 6 mata. Nik Farouqi pula tewas pada pusingan akhir kepada FM Ronnie Lim Chuin Hoong dan mengakhiri pada kedudukan 30 dengan 5 mata.

Kejohanan Penang Open 2011 kali ini dikuasai oleh pemain dari Filipina dengan Juara bertahan IM Oliver Dimakiling membuat penampilan meyakinkan dengan mendapat 8/9 mata untuk memenangi kejuaraan dan hadiah wang tunai bernilai RM 5,000. Tempat ke-2 pula dimenangi oleh Reggie Olay dengan 7.5 Mata dan berjaya mendapat IM Norm. Reggie Olay bagaimanapun memaklumkan beliau telah mendapat lebih dari 3 IM norm dan akan mendapat gelaran IM apabila ratingnya mencecah 2400.

Pemain terbaik Malaysia kali ini adalah adik Yeoh Li Tian yang menduduki tempat ke-5 keseluruhan dengan mengumpul 6.5 mata. Permainan adik Yeoh Li Tian cukup mengkagumkan apabila menumbangkan IM Ronald Dableo dalam salah satu permainannya di Penang Open 2011.

Keputusan penuh Penang Open boleh di ikuti di Chess-Results.Com atau terus ke SINI.

Bagi acara Challenger pula, Ahmad Hafizi, pemain dari Kelantan yang kini menuntut di UTP mengumpul 6 mata untuk berada di kedudukan 24. Kejohanan challenger ini dimenangi oleh rakan Hafizi dari UTP iaitu Geenish Sivalingam dengan 8/9 Mata.

Hafizi bersama pasukan UTP dan juara terbuka Penang Open 2011 IM Oliver Dimakiling dan Geenish Sivalingam Juara Challenger Penang 2011.

Keputusan penuh Penang Challenger 2011 boleh di ikuti terus di SINI.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *