Keputusan DATCC Renegade Open



Berikut adalah keputusan bagi DATCC Renegade Open yang berlangsung pada hari Ahad 30 Jan 2011 yang lepas. Minta maaf sekiranya PCNK lambat mengeluarkan keputusan kerana maklumat ke Pantai Timur ni agak lambat untuk diterima.. mungkin musim hujan sekarang ni, keretapi sangkut pasal air bah..

1. Wong Jianwen  – 6.5 Mata
2. NJM Lim Zhuo Ren – 6 Mata
3. NM Kamalarifin Wahiduddin – 6 Mata
4. Mark Siew Kit-Sze – 6 Mata
5. Low Jun Jian – 6 Mata
6. Nor Ilhamuddin Shaikh Ali – 5.5 Mata
7. Muhd Ariez Azman – 5 Mata
8. Norizzudin Affendi Norazman – 5 Mata
9. Norazman Ismail – 5 Mata
10.Chan Sheng Yip – 5 Mata

Pada pertandingan hujung minggu kali ini, Muhd Ariez Azman berjaya menempatkan diri dalam 10 pemain terbaik di tempat ke 7. Muhd Ariez adalah bekas pemain Kelantan B-18 tahun dalam pertandingan MSSM suatu ketika dulu dan kini menuntut di salah sebuah IPT di Kuala Lumpur. Kejayaan ini pastinya memberikan sedikit keyakinan kepadanya dan sebagai persediaan untuk bertanding di KC2011 nanti setelah beberapa kali bertanding di Kuala Lumpur sebelum ini, Ariez gagal menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik.

Ariez – Tempat ke 7 Datcc Renegade Open
(Gambar diambil dari Google)

Salah seorang lagi pemain dari Kelantan yang menyertai pertandingan kali ini adalah Mohd Ezmi Mahmood. Bermula pada ranking ke 93 dan tidak mempunyai rating kebangsaan, Ezmi menamatkan pertandingan dengan 4 mata di tempat ke 31 dan berjaya mendapat hadiah sebagai Best Unrated Player. Ezmi sudah mengesahkan akan turut mencabar di KC2011 nanti. Ezmi merupakan bekas pemain Kelantan sebaris dengan IM Mas Hafizul, Azahari Mohd Noor sewaktu zaman kegemilangan catur Kelantan yang lalu.

Syabas PCNK ucapkan kepada pemain-pemain ini.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *