Keputusan Catur UNIKL

Pada 9 April baru ni telah berlangsung pertandingan catur di UNIKL, Bangi. Pertandingan yang mempunyai kategori Terbuka, Bawah 18 dan Bawah 12 ini berjaya menarik seramai 321 pemain. Mari kita tengok siapakah pemain dari Kelantan yang menyertai kejohanan tersebut…

Kategori Terbuka

1. IM Mas Hafizulhelmi
2. Mohd Amin Noor
3. Izuddin Ahayat

Kategori Bawah 18

1. Fadil Aiman
2. Muhaimin

Kategori Bawah 12

1. Nik Haziq Nik Azrihan
2. Nik Nadzirah Nik Azrihan

PCNK ingin mengucapkan tahniah kepada pemain Kelantan yang datang jauh dari Kuala Krai iaitu Fadil Aiman, Muhaimin dan adik beradik Nik Haziq dan Nik Nadzirah selain pemain Kelantan lain yang sememangnya menetap di Kuala Lumpur seperti IM Mas, Izuddin ( menuntut di UNIKL), Mohd Amin ( menuntut di UKM Bangi)

Seperti yang sedia maklum di bahagian terbuka, IM Mas telah menjuarai kejohanan dengan keputusan menakjubkan 8/8 mata walaupun disertai ramai pemain kuat seperti Ian Udani, Jasur Madjidov dan lain-lain lagi. Keputusan bagi Mohd Amin dan Izuddin Ahayat tidak dapat diketahui kerana tiada keputusan penuh di laman-laman catur Malaysia. Kami akan cuba mendapatkan keputusan tersebut dan kemaskini di sini nanti.

Bagi kategori Bawah 18 pula Fadil Aiman berjaya mendapat tempat ke 7 dengan mengutip 6/8 mata sementara Muhaimin terlepas peluang mendapat 10 terbaik apabila hanya mengumpul 5/8 mata.

Bagi kategori Bawah 12 pula Nik Nadzirah dan Nik Haziq juga cemerlang dengan 6/8 mata. Nik Haziq berjaya mendapat tempat ke 4 manakala Nik Nadzirah diumumkan sebagai pemain perempuan terbaik Bawah 12. Nik Nadzirah kini baru berumur 8 tahun dan baru-baru ini mendapat tempat ke 4 di Kejohanan National Age Group dan akan mewakili Malaysia di Kejohanan Sekolah Asean pada bulan November nanti di Kuala Lumpur.

PCNK sangat gembira melihat perkembangan positif yang ditunjukkan dari pemain-pemain dari Negeri Kelantan. Mereka bukan sekadar hadir untuk bermain, tetapi penyertaan mereka juga menunjukkan keputusan yang baik. Kami harapkan pemain-pemain ini terus menyertai pelbagai Kejohanan lain dan meningkatkan prestasi permainan dari masa ke semasa.

Keputusan 10 Terbaik bagi setiap kategori dan Keputusan pemain dari Negeri Kelantan di ‘Red Knights‘ kan nama mereka. Terima Kasih kepada UNIKL dan En Azhar kerana menghantar salinan penuh keputusan pertandingan kepada kami di [email protected] untuk dikongsi di blog ini.

Ranking after round 8 of UniKL MFI Open
No.  PNo.  Name                       Score WP    SB     PS    rat.  TPR  W-We
——————————————————————————-
  1.    1  IM Mas Hafizulhilmi         8.0  45.5  45.50  36.0  2275 2483 +0.35
  2.   11  Ahmat Rubel Abbas           7.0  41.5  35.00  33.0  1771 2147 +3.13
  3.    5  Muhd Nabil Azman Hisham     7.0  41.0  35.00  31.0  1893 1964 +0.40
  4.    2  Ian Udani                   6.5  46.5  35.00  32.0  2174 1992 -1.01
  5.    3  Jasur Madjidov              6.5  41.5  32.00  31.0  2092 1931 -0.87
  6.    4  Kamaluddin Yusof            6.0  46.5  31.50  30.0  1943 1929 -0.11
  7.   12  Morsin Ahmad                6.0  44.5  30.50  31.0  1767 1964 +1.60
  8.    8  Muhd Syazwan Zulkifli UM    6.0  44.5  29.50  30.0  1801 1912 +1.01
  9.    7  CM Mohd Fadli               6.0  42.5  27.50  29.0  1822 1857 +0.31
 10.   13  Tun Seri Lanang             6.0  41.5  30.75  27.0  1762 1714 -0.32

IPT4   18  Mohd Amin Mohd Noor UKM     5.0  39.5  20.50  25.0  1654 1639 -0.12
KL2    23  Izuddin Ahayat UniKL        5.0  35.5  19.00  25.0  1589 1472 -0.60

Ranking after round 8 of UniKL MFI Under 18
No.  PNo.  Name                       Score WP    SB     PS    rat.  TPR  W-We
——————————————————————————-
  1.    2  Mohd Faizal Roslan          7.0  42.5  36.00  32.0  1697 1704 +0.08
  2.    5  Tariq Ziad Abd Razak        6.5  44.5  35.25  33.0  1599 1696 +0.72
  3.    3  Subramanian Sivanesan       6.5  40.5  31.50  31.0  1632 1607 -0.18
  4.    7  Fikri Saleh                 6.0  46.5  33.00  32.0  1521 1703 +1.25
  5.    6  Puteri Rifqah Fahada Azhar  6.0  42.0  29.50  29.5  1525 1507 -0.10
  6.    9  Nur Farihah Aminuddin       6.0  37.5  27.75  26.5  1460 1462 +0.00
  7.   14  Fadhil Aiman Zakaria        6.0  37.5  27.00  25.0  1360 1071 -0.09
  8.   10  Mohd Bukhari Mohd Sulkifly  6.0  37.5  24.50  29.0  1448 1538 +0.48
  9.    4  Puteri Munajjah Az-Zahraa   6.0  37.0  26.00  29.0  1611 1479 -0.80
 10.    8  Nithyalaksmi Sivanesan      5.5  40.0  24.75  29.5  1478 1500 +0.20

 19.   11  Muhd Muhaimin Mohd Tarizi   5.0  41.5  23.50  26.0  1441  896 -0.64

Ranking after round 8 of UniKL MFI Under 12
No.  PNo.  Name                       Score WP    SB     PS    rat.  TPR  W-We
——————————————————————————-
  1.    1  Jagathees Guna Balan        8.0  44.0  44.00  36.0  1404 1844 +0.60
  2.    7  Abdul Salam Mohd Azlan      7.0  45.5  37.50  32.0  0000 1329 0   
  3.   16  Ang Tsu Jien, Wilfred       7.0  45.0  37.00  31.0  0000 1314 0   
  4.    2  Nik Muhd Haziq Najmuddin N  6.0  46.0  31.00  31.0  1254 1314 +0.16
  5.   33  Keertan Subramaniam         6.0  45.5  32.50  30.0  0000 1188 0   
  6.    5  Muhd Najwan Azman Hisham    6.0  41.0  27.50  31.0  1125 1095 -0.06
  7.   83  Nur Syazwani Zuhailee       6.0  40.5  27.50  25.0  0000  –   0   
  8.   79  Nur Hanna Camelia M.Nadzli  6.0  39.0  27.00  27.0  0000  444 0   
  9.   54  Muhd Fateh Samsuddin        6.0  38.5  27.50  26.0  0000 1057 0   
 10.    3  Muhd Zulfikri Mohd Sulkifl  6.0  37.5  24.50  30.0  1224  577 -0.46
 BG1   74  Nik Nur Nadzirah Nik Azrih  6.0  37.0  25.00  23.0  0000 1798 0    

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *