Keputusan 4th DATCC Team Event 2011 – Pusingan 6



Keputusan
Seahorse Petronas vs Najib Team 0.5-3.5
Too Less Ordinary vs Renegade 2-2
Nusa Mahkota vs Kelantan 0.5-3.5
Carikomputer Dot Com vs 17 Chess Club 1-3
PJMIM vs DATCC Senior 0.5-3.5
Swordfish Petronas vs BERNAMA 3-1

Perubahan dari segi kedudukan carta berlaku apabila pasukan Too Less Ordinary dipaksa seri dengan pasukan Renegade 2-2 apabila Renegade kali ini menurunkan Roshan Singh yang bergandingan dengan Wong Jian Wen di papan 1 dan 2 memberi kemenangan pada pasukan Renegade. Kedua mereka adalah dari pemain kebangsaan yang bermain hebat dalam kejohanan dunia bawah 16 tahun di Turkey baru-baru ini. Dengan keputusan seri ini, Too Less Ordinary mengumpul 15.5 mata dan jatuh ke tangga ke 3.

Pasukan Kelantan yang bermain tanpa IM Mas Hafizul yang masih belum kembali dari SEA Games mendapat kemenangan bergaya dengan keputusan 3.5-0.5. Beberapa pengorbanan perlu dilakukan dalam mendapat keputusan cemerlang apabila terpaksa memanggil Abdullah Che Hassan yang baru berkahwin Ahad lepas untuk datang dari Johor pada hari yang sama dan terus pulang ke Johor untuk persediaan perkahwinan di sebelah pihak lelaki. Ketiadaan Mas Hafizul juga memberikan peluang kepada Mohd Amin Noor untuk mendapat cap pertama dalam pasukan Kelantan dan Amin bermain cemerlang untuk seri dengan Abdul Aziz Shukor, pemain yang jauh lebih berpengalaman di papan 3. Selain itu Abdul Haq mencatat kemenangan pertama beliau dan juga kemenangan penting keatas NM Kamalariffin di papan 1 setelah mengharungi 5 perlawanan tanpa kemenangan. Tindakan PCNK memberikan kata dua kepada Abdul Haq untuk memperbaiki keputusan di samping insentif kemenangan nampaknya berjaya menyuntik semangat buat Haq untuk bermain di tahap sebenar. Di papan 4 pula Nik Farouqi berjaya menggunakan pengalaman untuk menang ke atas Razali Hamzah yang cuba bermain untuk seri. Dengan kemenangan 3.5-0.5 ini, Kelantan berjaya memintas Too Less Ordinary untuk berada di tangga ke 2 di belakang pasukan Najib yang juga menang 3.5-05 ke atas pasukan Seahorse Petronas. Kelantan terus memberi tekanan dengan berada 0.5 mata di belakang Pasukan Najib.

Semoga berbahagia ke anak cucu Abdullah Che Hassan dan Jamiela

NM Kamalariffin vs Abdul Haq

Abdullah Che Hassan vs Kamaluddin Yusof

Abdul Aziz Shukor vs Mohd Amin Mohd Noor

Nik Ahmad Farouqi vs Razali Hamzah

PCNK juga ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan BERNAMA yang akhirnya berjaya mencuri 1 mata walaupun tewas kepada Swordfish 3-1. Ini merupakan mata pertama pasukan BERNAMA dan diharapkan akan mencipta lebih banyak kemenangan selepas ini.

Kedudukan Selepas Pusingan ke 6

Placing Team Games Points Match Points
1. Najib’s Rojak Team 17 10
2. Kelantan Chess Team 16.5 10
3. Too Less Ordinary 15.5 8
4. 17 Chess Club 14.5 7
5 DATCC Seniors Team  13.5 7
6 Nusa Mahkota Chess Club 13 7
7 Renegade 12.5 6
8 Seahorse PETRONAS 12 5
9 Swordfish PETRONAS  10.5 5
10 PJMIM Chess Team 9.5 4
11 Carikomputer.com 8.5 3
12 BERNAMA Chess Team 1.0 0

p/s – sumber dari Hairulov Chessmaniacs Blog



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *