Kelantan merampas kedudukan teratas dari Pasukan Najib!!



Kelantan menunjukkan aksi mantap pada pusingan ke 7 DATCC Team Event apabila membelasah pasukan Renegade 4-0 sekali gus melonjak ke tangga teratas buat pertama kalinya dengan 20.5 Mata. Pasukan Too Less Ordinary juga memenangi ke atas pasukan Bernama dengan keputusan 4-0 dan menduduki tangga ke 2 dengan 19.5 mata. Pasukan Najib yang sebelum ini sebagai pendahulu jatuh ke tangga ke 3 apabila seri dengan pasukan 17 Chess Club dan kini mengumpul 19 mata.

Renegade vs Persatuan Catur Negeri Kelantan

Pusingan ke 8 dan 9 DATCC Team Event akan berlangsung pada Sabtu (17/12/11) ini dan Kelantan dijangka bertemu dengan pasukan Swordfish Petronas pada pusingan 8 dan akan bertemu antara pasukan Carikomputer Dot Com atau Pasukan PJMIM pada pusingan ke 9.

Poss istimewa Ezmi Hero yang masih mengekalkan keputusan 100%

Kelantan akan dinobatkan sebagai juara sekiranya berjaya mendapat 7 mata dari 2 perlawanan tersebut memandangkan pasukan Too Less Ordinary tidak mampu memintas walaupun mengutip markah penuh dari 2 perlawanan terakhir disebabkan perbezaan sistem pemutus Match Point.

————————————————————————————————————————————
Sarawak Open 2011

Hari kedua melihat hanya 2 pemain sahaja yang tinggal dengan markah penuh iaitu pilihan pertama dari India, IM Atanu Lahiri dan pemain Filipina iaitu Efren Bagamasbad dengan 4 mata. Kedua-dua pemain ini akan bertemu pada hari ketiga di papan 1. 
Nik Farouqi pula mengumpul 3 mata setelah tewas dengan IM Atanu Lahiri pada pusingan ke 4. Berikut adalah permainan antara IM Atanu Lahiri dan Nik Farouqi.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *