IM Mas kembali aktif di arena catur tempatan



Hari ini IM Mas dijemput oleh Insofar untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang 1st Insofar Elit Open. Perlawanan yang dimenangi oleh Saprin Sabri yang menggondol hadiah wang tunai sebanyak RM 2000 telah disampaikan oleh IM Mas. Keputusan penuh dan gambar-gambar boleh dilihat di http://ng6-17chessclub.blogspot.com

gambar diambil dari http://ng6-17chessclub.blogspot.com
IM Mas (kanan) menyampaikan wang tunai RM2,000 kepada Saprin dan disaksikan penganjur dan pengarah Insofar, En Mat Zaki Yeop.

PCNK juga ingin mengucapkan selamat hari jadi IM Mas yang ke 30 pada 12 Februari baru ini dan diharap tahun ini kita akan melihat lebih banyak aksi dari Mas dalam kejohanan-kejohanan tempatan mahupun antarabangsa lebih-lebih lagi jika ada pertandingan yang dianjurkan di dalam negeri Kelantan.

Melalui pembacaan dari blog-blog tempatan yang lain, dikatakan IM Mas bersetuju untuk menyertai pertandingan DATCC Rapid Maverick pada 27 Februari ini dan kemungkinan menyahut cabaran di National Close pada 16-21 Mac depan.

Pastinya perkembangan ini adalah berita baik bagi sukan catur tanahair dan diharapkan kembalinya IM Mas ke gelanggang pertarungan, ia dapat menarik lebih ramai pemain-pemain yang mempunyai rating tinggi tetapi telah lama tidak bermain untuk kembali ke pertandingan-pertandingan tempatan.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *