IM Mas Juara Terbuka Negeri Sembilan! 7 pemain PCNK mengambil bahagian



IM Mas membuktikan status pemain no 1 negara beliau dengan menjuarai Seremban Open di depan Ian Udani dari Filipina dan FM Nicholas Chan dengan mengumpul 5.5 mata dari 6 pusingan.

IM Mas memenangi Piala Menteri Besar dan RM 1,000.00 sebagai Juara

Kejohanan Terbuka Negeri Sembilan merupakan kejohanan tahunan untuk merebut Piala Menteri Besar YAB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hj Hassan.

PCNK ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PCNS ( Persatuan Catur Negeri Sembilan) atas layanan baik terhadap pemain-pemain PCNK. Seramai 7 pemain PCNK menyertai kejohanan ini dan mendapat diskaun dari PCNS atas hubungan baik antara PCNK dan PCNS.

Pemain-pemain PCNK bersemangat hadir sebagai satu kumpulan
dari Kiri : Bustaman, Izuddin, Ezmi, IM Mas, Abdullah Che Hassan dan Nik Farouqi
Zulhelmi Sahadi dari Kelantan juga turut menyertai Terbuka Negeri Sembilan.
Dari Kiri : Ezmi, Izuddin, Zulhelmi dan Nik Farouqi

Berikut adalah keputusan di Terbuka Negeri Sembilan.

Final Result

Kedudukan Akhir Pemain PCNK dari 6 pusingan


1. IM Mas Hafizul 5.5 mata
7. Abdullah Che Hassan 5 mata
16. Ezmi Mahmood 4 mata
18. Nik Ahmad Farouqi 4 mata
20. Izuddin Ahayat – 4 mata
43. Bustaman Harun – 2.5 mata
46. Ahmad Zulhelmi Sahadi – 2 mata

Gambar Kenangan: Presiden PCNS Ir. Hj. Shaharuddin B Hj. Sidek  bersama Setiausaha PCNK, Nik Ahmad Farouqi



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *