3rd Ole-Ole Shah Alam Chess Open 2011



Pada Sabtu 12 November yang lalu telah berlangsung Kejohanan Catur 3rd Ole-Ole Shah Alam Chess Open 2011 (OSACO). Pengarah pertandingan ini dijalankan dengan jayanya oleh En. Abdul Haq untuk tahun ke 3 berturut-turut.

En. Abdul Haq kali ini sebagai pengarah pertandingan

Bagi persediaan untuk memasuki Asian Amatur, pemain-pemain Kelantan telah menjadikan pertandingan ini sebagai pemanas badan disamping menyokong kejohanan yang dianjurkan oleh Abdul Haq. Marzuki dan Nik Nazri datang sejauh dari Kota Bharu dan terus bermain pertandingan manakala Dr. Nasrul pula tiba dari Johor pukul 4 pagi untuk bermain. Mungkin perjalanan yang meletihkan mengganggu sedikit permainan tetapi semangat yang ditunjukkan diharap dapat di ikuti oleh pemain catur lain terutamanya pelapis-pelapis skuad negeri.

Pemain-pemain catur Kelantan
dari Kiri : Marzuki Yaacob, Ariez Azman, Nik Nazri, Dr. Nasrul Humaimi, Nik Farouqi, IM Mas dan Ezmi Mahmood
Pertandingan mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan kehadiran 84 pemain di bahagian terbuka. Namun terdapat sedikit kecacatan apabila bilangan meja yang tidak mencukupi membuatkan pemain terpaksa bermain dalam keadaan yang agak sesak. Bagaimanapun permainan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah sehingga pusingan terakhir.

IM Mas – Juara Ole-Ole menerima trofi dari YB Ir. Khalid Samad
Bagi edisi kali ini dimenangi oleh IM Mas Hafizul dan lain-lain keputusan bagi pemain Kelantan adalah Nik Ahmad Farouqi tempat ke 9, Mohd Ezmi (15), Nasrul Humaimi (19), Marzuki Yaacob (21), Nik Mohd Nazri (24) dan Ariez Azman (43).
Keputusan penuh pertandingan boleh diikuti di website Stonemaster yang dikendalikan oleh En Fadli Zakaria yang juga menjadi arbiter bagi Kejohanan Ole-Ole kali ini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *