1st Kelantan FIDE Rated : 9 permainan berjaya diselesaikan!



Dalam misi menjayakan 1st Kelantan FIDE Rated 2011, 12 pemain yang terlibat menunjukkan kerjasama dan komitmen yang tinggi untuk menamatkan permainan. Terbaru adalah 9 lagi perlawanan berjaya diselesaikan apabila Nik Farouqi dan Ezmi Mahmood telah berkunjung ke Kelantan.

Nik Farouqi dan Ezmi bertolak pada 11.30 malam 17 November dan tiba pada 6.30 pagi dan memulakan perlawanan pada 10 pagi. Walaupun letih dalam perjalanan, semangat bermain oleh keduanya sungguh tinggi ditambah layanan baik Cikgu Nik Azrihan yang menyediakan minuman dan kuih muih sepanjang pertadingan berlangsung.

Berikut adalah keputusan perlawanan

SMK Pahi Kuala Krai

Jumaat 18/11/2011 (10 pagi)

Nik Farouqi vs Baharuddin Hamzah 1-0

Nik Nazri vs Ezmi Mahmood 1-0

Farouqi vs Bahar, Nazri vs Ezmi dan Nik Azrihan sebagai Arbiter

Jumaat 18/11/2011 (2.30 Petang)

Nik Nazri vs Nik Farouqi : Seri

Mohd Ezmi vs Baharuddin Hamzah : 0-1

Perlawanan ke 2 diteruskan pada petang hari

Nik Farouqi dan Ezmi kemudian terus bertolak ke Kota Bharu dan turut sama di dalam konvoi kali ini ialah Nik Nazri dan kami singgah di Restoran Erup Sup di Machang Kelantan.

Perlawanan seterusnya disambung pada keesokan hari di Pejabat InstaForex Kubang Kerian, Kelantan
InstaForex Kubang Kerian
Perlawanan di Kubang Kerian dijadualkan antara Azizul Mat Daud dan Syed Azizi dengan Nik Farouqi dan Ezmi tetapi Marzuki Yaacob menggantikan Syed Azizi kerana demam.
Sabtu 19/11/2011 (10 pagi)
Azizul Mat Daud vs Nik Farouqi 0-1

Marzuki Yaacob vs Ezmi Mahmood 0-1

Marzuki vs Ezmi, Azizul vs Nik Farouqi di InstaForex Kubang Kerian
Sabtu 19/11/2011 (2.30 Petang)
Marzuki Yaacob vs Nik Farouqi 0-1

Ezmi Mahmood vs Azizul Mat Daud 0-1

Pada keesokan harinya 1 lagi perlawanan antara Azlin Juarih dan Nik Farouqi diadakan
Ahad 20/11/2011 (10 pagi)
Nurazlin Juarih vs Nik Farouqi 0-1

Nik Farouqi dan Ezmi yang ditemani isteri beliau bertolak ke Kuala Lumpur setelah 3 hari yang sibuk dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 1 pagi sementara Nik Farouqi yang kepenatan memandu hanya tiba di Shah Alam pada 9 pagi hari Isnin (21/11/11) dan bersedia untuk bermain di dalam pasukan Kelantan pada 22/11/2011 untuk menentang pasukan Nusa Mahkota dalam 4th DATCC Team Event 2011.

Dengan keputusan terkini, Nik Ahmad Farouqi melonjak ke tangga teratas dengan 8 mata dari 9 perlawanan manakala Nik Nazri memperbaiki kedudukan di dalam carta. Perlawanan berikut antara Nik Farouqi dan Wan Mahadzir yang terbang dari Sabah dijadualkan berlangsung pada 24/11/2011 pada pukul 8 malam di tempat yang akan ditentukan kemudian.

————————————————————————————————————————————

Jawapan bagi pemain misteri – Ariez Azman pemain mewakili 17 Chess Club



2 Responses to 1st Kelantan FIDE Rated : 9 permainan berjaya diselesaikan!

  1. n@jd0rf says:

    Farouqi… 8/10 lah.. bukan 8/9…. terimakasih..

  2. Bad Bishop says:

    7 menang 2 draw.. baru 9 game.. jadi 8/9 mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *