Kejohanan Catur Junior Paloh Rawa



Kejohanan penutup tirai untuk tahun 2017 akan diadakan di SK Paloh Rawa, Machang pada 18 November ini. Kejohanan ini tertumpu kepada kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Maklumat berkenaan boleh dibaca di bawah:

 

Sementara itu, Kategori Terbuka juga dibuka kepada AHLI AKTIF 2017 dan ahli biasa PCNK yang mendaftar untuk AHLI AKTIF 2018. Pihak PCNK berharap agar semua pencatur di Kelantan mendaftar sebagai ahli PCNK seterusnya menjadi AHLI AKTIF setiap tahun. Ini untuk memudahkan pihak PCNK mengatur perjalanan program untuk tahun 2018 yang akan memberi kelebihan kepada AHLI AKTIF. 50 orang terawal yang mendaftar sebagai AHLI AKTIF 2018 akan mendapat baju PERCUMA sumbangan PCNK.

Berikut adalah senarai AHLI AKTIF 2017:

 

Berikut adalah jadual yuran untuk ahli yang ingin menyertai Kategori Terbuka dan mendaftar keahlian 2018.

Contohnya:

A merupakan AHLI AKTIF 2017 yang ingin mendaftar kejohanan Kategori Terbuka Paloh Rawa dan mendaftar Ahli Aktif 2018 haruslah membayar RM40. Beliau akan mendapat sehelai baju jika beliau termasuk 50 orang terawal.

B merupakan AHLI AKTIF 2017 yang ingin mendaftar kejohanan sahaja haruslah membayar RM10. Beliau tidak mendapat baju kerana tidak mendaftar untuk 2018.

C merupakan AHLI AKTIF 2017 yang ingin mendaftar sebagai AHLI AKTIF 2018 tapi tidak mahu bermain dalam kejohanan Paloh Rawa haruslah membayar RM30. Beliau akan mendapat sehelai baju jika beliau termasuk 50 orang terawal.

D merupakan AHLI BIASA 2017 yang ingin mendaftar kejohanan Kategori Terbuka Paloh Rawa dan mendaftar Ahli Aktif 2018 haruslah membayar RM50. Beliau akan mendapat sehelai baju jika beliau termasuk 50 orang terawal.

E merupakan AHLI BIASA 2017 yang ingin mendaftar kejohanan sahaja haruslah membayar RM20. Beliau tidak mendapat baju kerana tidak mendaftar untuk 2018. 

F merupakan AHLI BIASA 2017 yang ingin mendaftar sebagai AHLI AKTIF 2018 tapi tidak mahu bermain dalam kejohanan Paloh Rawa haruslah membayar RM30. Beliau akan mendapat sehelai baju jika beliau termasuk 50 orang terawal.

 

Jadi, anda yang mana?

 



One Response to Kejohanan Catur Junior Paloh Rawa

  1. No.1476 lrg sri tanjung pasit panjang
    kuala terengganu.terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *