Keahlian dan Kalendar Perancangan PCNK 2019



Setiap tahun, ahli PCNK digalakkan membayar yuran tahunan agar mereka mendapat manfaat yang lebih berbanding ahli yang tidak membayar yuran ataupun bukan ahli. Dalam PCNK – PROKEL siri 1 yang lepas, seramai 25 orang ahli yang telah membayar yuran 2019 terus mendapat manfaat dengan membayar yuran kejohanan lebih murah. Oleh itu, jangan terlepas peluang anda pada tahun ini kerana selain PCNK – PROKEL yang dijadualkan sebanyak 10 siri, ada banyak lagi kejohanan anjuran PCNK dan juga anjuran PCNK secara kerjasama akan diadakan setiap bulan (sila rujuk kalendar perancangan PCNK di bawah ini).

Terdapat DUA cara untuk membayar yuran tahun 2019:

  1. Ahli yang telah berdaftar boleh membayar yuran RM30 (dewasa) atau RM15 (bawah 18 tahun) di kaunter yang akan dibuka setiap kali kejohanan berlangsung. Mereka juga diminta membawa sekeping gambar berukuran passport untuk kemudahan mengeluarkan kad keahlian. Ahli baru juga boleh mendaftar dengan mengisi borang dan membayar yuran tahun 2019.
  2. Ahli berdaftar atau ahli baru juga boleh membayar yuran menggunakan borang online yang disediakan di laman web ini (sila tekan butang di sebelah kanan laman web PCNK atau terus tekan di sini). Anda akan diminta mengisi maklumat diri dan memuatnaik gambar serta resit pembayaran dalam borang yang disediakan.

 

Kad akan dikeluarkan dan diberi pada kejohanan yang berikutnya. Pastikan anda menunjukkan kad setiap kali mendaftar untuk kejohanan PCNK agar anda mendapat manfaat ahli.

Di bawah ini disertakan kalendar perancangan PCNK sepanjang tahun ini. Tarikh adalah betul tertakluk kepada pindaan (jika ada):

 

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *