DATCC Team Event – Kelantan bernasib baik menang

Pasukan Kelantan diletakkan sebagai pilihan pasukan ke-2 diketuai IM Mas Hafizulhelmi, Abdul Haq, Abdullah Che Hassan dan Nik Ahmad Farouqi.

Pusingan pertama Kelantan telah bertemu pasukan 17 Chess Club yang membariskan Ilhamuddin, Mohd Zambri, Ariez Azman ( pemain dari Kelantan ) dan Mohamed Ismail. Dari segi rating pemain, Kelantan dilihat tidak mempunyai masalah untuk menang setiap papan tetapi apa yang berlaku adalah pasukan 17 Chess Club memberi tentangan yang sengit malah boleh membuat kejutan menewaskan pasukan Kelantan.

Papan 1 : Ilham vs IM Mas
Keputusan : Seri

Ilham memilih pembukaan Sicilian Variasi Checkhover dengan pergerakan 4.Qxd4 dalam menentang Sicilian yang dimainkan oleh IM Mas. Ilhamuddin terlepas peluang untuk menang pada pergerakan 25. hg6 fg6 26. Rxh6!! Kxh6 dan 27. Qf7 diikuti mate dengan Rh1

Permainan seri disebabkan ulangan pergerakan sebanyak 3 kali.

—————————————————————————————————–
Papan 2 : Abdul Haq vs Zambri
Keputusan : 0-1

Pada papan ke-2 pula menyaksikan Abdul Haq disembelih dengan pembukaan Sicilian Dragon oleh Mohd Zambri. Abdul Haq memilih untuk mengorbankan 2 pawn untuk menghalang Zambri dari melakukan castling tetapi apabila 1 lagi pawn diberikan, King Zambri cukup selamat berada di tengah papan dan Zambri berjaya mencuri 1 mata dari pasukan Kelantan.

—————————————————————————————————–

Papan 3 : Ariez vs Abdullah
Keputusan : 0-1

Di papan ke -3 antara Ariez dan Abdullah yang bermain Pembukaan English menyaksikan buah agak seimbang dengan 2R + B vs 2R + B dengan B yang berlawanan warna. Perlawanan nampak seakan-akan berakhir dengan seri tetapi Bishop Ariez agak pasif berbanding Abdullah, Abdullah menggunakan pengalamannya untuk mendapat kemenangan di papan 3.

—————————————————————————————————–

Papan 4 : Nik vs Max
Keputusan : 1-0

Di papan ke-4 Nik Ahmad Farouqi bermain putih menentang Pirc Defense sepatutnya tewas apabila mengorbankan Kuda secara percuma pada pergerakan 13 tanpa mendapat kelebihan tetapi Max (Mohamed Ismail) memulangkan kelebihannya pada pergerakan ke-22 dan seterusnya dimenangi oleh Nik.

—————————————————————————————————–

Dengan keputusan menang 2.5-1.5 ini, Kelantan berada pada kedudukan ke-6 dan akan bertemu pasukan pilihan pertama iaitu Najib Rojak Team pada Selasa 25 Okt 2011 bermula pukul 7pm.

Bagi peminat yang ingin menyaksikan perlawanan, selain set catur untuk bermain,terdapat kemudahan seperti tandas dan surau di DATCC dan gerai makan di kawasan berdekatan.

2 Responses to DATCC Team Event – Kelantan bernasib baik menang

  1. Avatar Ng6 says:

    Caya.. lah bro.. ada lapuran DATCC Team event.. boleh share… Good Job..

  2. Avatar Bad Bishop says:

    silakan.. lebih banyak sharing, lebih banyak coverage, lebih ramai nanti minat catur.. jangan lupa credit pada pcnk nanti ye. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *