Sorotan The Red Knights di Kejohanan Tertutup Kebangsaan 2015

DSCF2592

Pasukan The Red Knights telah membuktikan bahawa mereka bukan sekadar ‘pelengkap’ kepada Kejohanan Tertutup Kebangsaan yang melabuhkan tirai 18 Mac lalu. 7 peserta kategori Terbuka dan 4 lagi dalam kategori Wanita telah berjaya membuktikan bahawa pencatur Kelantan tidak boleh dipandang remeh. Walaupun target untuk mendapat tempat di dalam skuad kebangsaan tidak tercapai, The Red Knights berjaya menempatkan diri di kalangan 15 terbaik dalam kedua-dua kategori. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya.

Kategori Terbuka

14. Dr. Nasrul Humaimi (6 mata)
15. Nik Ahmad Farouqi (5.5)
31. Mohd Amin Mohd Noor (5)
37. Mohd Al-Firdaus (4.5)
51. Baharuddin Hamzah (4)
53. Mohd Azizul (4)
58. Nik Muhd Haziq (3.5)

Kategori Wanita

11. Najihah Mohd Saufi (5 mata)
18. Nurwahida Atira (4)
22. Nik Anisy Syakirah (4)
23. Nik Nur Nadzirah (4)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *