GERAKAN MENYALAHI UNDANG-UNDANG (ILLEGAL MOVES)



Terdapat beberapa jenis gerakan yang dikira sebagai ILLEGAL MOVE:

  1. Gerakan yang menyalahi hukum pergerakan buah seperti yang dinyatakan dalam BAB 3 dan BAB 4 UNDANG-UNDANG CATUR FIDE (PERGERAKAN BUAH)
  2. Menggerakkan buah catur MENGGUNAKAN DUA TANGAN
  3. MENEKAN JAM tanpa menggerakkan buah catur
  4. TIDAK MENUKAR PAWN yang telah sampai ke hujung kepada buah lain selain King

 

ILLEGAL MOVE dikira terjadi:

  1. SETELAH pemain yang melakukannya MENEKAN JAM, dan
  2. SEBELUM pemain lawan MENGGERAKKAN BUAH.

 

Hukuman untuk ILLEGAL MOVE:

  1. Arbiter boleh MENCATAT ILLEGAL MOVE tersebut jika beliau MELIHATNYA berlaku.
  2. Jika tiada arbiter yang melihat, pemain lawan boleh MEMBUAT DAKWAAN dengan mengangkat tangan untuk memanggil arbiter SEBELUM MENGGERAKKAN buah catur sendiri.
  3. Jika arbiter TIDAK MELIHAT dan pemain lawan TIDAK MEMBUAT DAKWAAN, ILLEGAL MOVE tersebut DIKIRA SAH dan permainan hendaklah DITERUSKAN.
  4. Jika arbiter melihat KEDUA-DUA KING BERADA DALAM KEADAAN CHECK, atau PAWN TIDAK DITUKAR setelah sampai ke hujung, beliau hendaklah MENUNGGU SEHINGGA GERAKAN SETERUSNYA. Jika keadaan masih tidak berubah, beliau hendaklah MENCATATKAN ILLEGAL MOVE tersebut kepada pemain yang baru sahaja melakukan gerakan.
  5. Arbiter boleh MENCATAT KEKALAHAN kepada pemain yang melakukan ILLEGAL MOVE sebanyak DUA KALI jika pemain lawan masih mempunyai PELUANG UNTUK MENANG. Jika tidak, permainan akan dikira SERI.

 

Apapun, keputusan arbiter adalah MUKTAMAD.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *