Monthly Archives: February 2018

Kejohanan Catur Sabtu Pertama PCNK PROKEL (Siri 2)

Kerjasama PCNK PROKeL diteruskan dengan Kejohanan Sabtu Pertama Siri 2 yang akan diadakan pada 3 Mac ini. Sistem mata PCNK juga akan diteruskan untuk kejohanan pada kali ini di samping hadiah-hadiah menarik yang disediakan. Kutipan mata PCNK terkini:

Festival Catur Kelantan

Syed Azizi Kembali Menggegar

Kejohanan Catur Sabtu Pertama yang diadakan julung kalinya pada 3 Februari lalu menyaksikan kembalinya bekas juara Tertutup Kelantan, Syed Azizi. Beliau berjaya menewaskan hampir kesemua pencabar untuk memenangi kejohanan ini sekaligus mengutip mata penuh dalam Sistem Mata PCNK yang pertama